Assalamualaikum semua=)
Sape tau aiskrim Malaysia? Ada sape - sape yang tak tau ke?Rugi tau.. hehehe. Masa kecik - kecik dulu famous aiskrim ni. Ada macam - macam perisa, ada perisa sirap, milo, asam boi, oren, lepas tu di upgrade pulak perisanya kepada perisa cendol, kacang merah, dan sebagainya. Murah jer aiskrim ni, 20sen je. Kalau kat kampong saya setakati ni still seposen ler. Kalau kat tempat lain tak tau la pulak saya.
Walaupun rasanya tak sehebat aiskrim basket robbin, cornetto, dan jenama-jenama lain yang hebat di pasaran tu. Tapi saya rasa bila makan aiskrim Malaysia ni, ada satu perasaan macam kita balik semula ke zaman kanak - kanak, zaman kecik-kecik dulu.. hehe.. memang asyik tau. So, saya sendiri pun tak nak terlepas zaman makan aiskrim Malaysia jugak.hehe
Ni husna..dia pon minat ais krim Malaysia..saya yang buat taw=) hehe
Saya terpaksa la balut aiskrim tu dengan kain, sebab tangan Husna ni pegangnya bukan kuat sangat. Kang elok je melolos celah jari..
See.. Husna suka sangat makan aiskrim ni..
Nak dengar satu kisah tak?
Zaman dulu, orang buat aiskrim Malaysia bancuh air gula campur sebiji asam boi. Macam tu juga dengan aiskrim kacang merah dan Milo. Tak lama lepas tu minuman kordial masuk pasaran Malaysia. Aiskrim Malaysia semakin pupus. Plastik aiskrim Malaysia pun susah nak jumpa lagi. Orang lebih suka minum kordial oren. Tak lama lepas tu manusia cipta macam-macam perisa kordial lagi — kordial epal, kordial blackberry, Kemudian perisa buah tropika pun masuk senarai ciptaan.
Dalam keadaan dah begitu mudah nak produce minuman berperisa asam boi dan macam-macam buah ni, kenapa aiskrim Malaysia tak hidup kembali ek? Daripada hanya tiga perisa, sekarang sepatutnya aiskrim Malaysia dah boleh wujud dalam puluhan perisa kan? Mungkin kita boleh cipta aiskrim jambu batu, mangga, kedondong, nenas, epal, oren,atau rambutan?? hehe, Aiskrim Malaysia juga boleh dijadikan hobi tambahan buat kita. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan