Blogger Backgrounds

Jumaat, 8 April 2011

Jom rasa aiskrim sedap..nyumm3x



Hari ini rasa nak wat 1 lagi resepi ais krim
Pada kawan-kawan, jom try cuba sama2=)


sekarang saya nak kongsi resepi aiskrim agak masam-masam gitu..hehe=)



jom  cuba buat ice-cream yang paling mudah sekali untuk di sediakan…. “Homemade Vanilla Ice-cream bersama puri mangga”.

Gambar Close-up Ice-cream….

Terliur rasanya..hehe=)


demo… Ice-cream vanilla dengan puri mangga….


Resepi Ice-cream Vanilla bersama puri mangga
Bahan-bahan untuk Ice-Cream
2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula
Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.
Puri Mangga.
2 biji mangga yang telah masak
1 biji lemon ( ambil jusnya)
4 sudu besar gula
1/2 cawan air
cara-caranya
* Satukan semua bahan kemudian masak di atas api hingga gula larut dan agak pekat sedikit. Kemudian  sejukkan.
Cara menghidang.
Cedukkan ais krim ke dalam sandy glass kemudian lapiskan dengan sos mangga. Buatlah 2 lapis kemudian hidangkan dengan potongan hirisan mangga segar.
Haaaaaa=) da siap….boleh di hidang bersama yang tersayang=)

layari: http://www.potretkasih.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan