Blogger Backgrounds

Selasa, 5 April 2011

::8 fakta menarik mengenai aiskrim yang kita makan::

- Assalamu'alaikum wbt buat sahabat-
Jom share maklumat=)
Just info tentang sejarah ais krim =)

1.    sebutan pertama 'ice cream' berasal daripada bahasa Amerika.
2.    Jakson August merupakan orang pertama yang yang berasal daripada philadehphia menemui cara penghasilan aiskrim pada tahun  1832.
3.    Kedai aiskrim pertama dibuka di New York City  adalah pada tahun 1776
4.     mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer.
5.    Alfred L.Cralle merupakan pencipta untuk sendok aiskrim pertama pada tahun 1897
6.    Aiskrim cornetto dicipta dan dipopurkan sejak tahun 1904 lagi..sampai sekarang ia popular..
7.    Rakyat Amerika merupakan gologan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap seorang menghabiskan 15-20 liter setahun.
8.    Di Amerika,Ice cream merupakan 'dessert' yang paling digerami jika dicampurkan dengan biskut..yummy..:)

For me getting along with the tub of ice cream means my pleasure moment ~(^_^)v

Asal –usul aiskrim yang patut kita tahu=)

1.Aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600.

2.Makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England.
3.Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resipi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanila pada suatu masa dahulu.
4. Pada tahun 1847 Nancy Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai (Hand-Crank) namun kemudin dia menjual hasil ciptaannya yang diberi nama " Johnson Paten Ice Cream Freezer" kepada William Young.
5. Pada tahun 1851 Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat.
6. Pada tahun 1984 Amerika Syarikat telah mewujudkan BULAN AISKRIM KEBANGSAAN yang disambut pada bulan julai setiap tahun.

Ais krim dan memori lalu....=)
Bila menikmati ais krim mesti teringat zaman kanak-kanak dulu. Sebab itulah fitrah manusia=) rasa tenang hadir melalui hidangan aiskrim.xpercaya? cuba la...=)  Walau apa pun cara anda menikmati hidangan ais krim anda, dengan apa perasa sekalipun, yang pasti ianya mengembalikan anda ke zaman kecil anda.




Kalau  sebelum ni saya cerita tentang  sejarah ais krim di negara barat, kali ini saya nak kongsi mengenai sejarah ais krim dari  Dimasyq, Syria. Tempatnya di Souq Hamidiye. Di situ, Secara turun temurun, dikisahkan ais krim mula-mula dicipta di situ. Dan masih sehingga sekarang teknik yang sama, dan warisan itu masih dikekalkan sehingga ini hari. Kalau nak tahu, rasanya unik tidak seperti ais krim di waktu moden ni. Sedikit likat, rasa susunya kuat, tetapi tidak terlalu sejuk, dihidangkan dalam dua versi dalam mangkuk atau kon. Disediakan dalam beberapa perasa, vanilla, coklat, dan strawberi.



ok, untuk share tentang ais krim kat Malaysia pula, jika kita tanya pada ibu bapa  kita tentang pengalaman menikmati ais krim zaman mereka dahulu. Kring. Kring. Kring. Ais kepal!!! Bagaimana bentuknya. Tanpa bekas, ia adalah seumpama anda menikmati ABC di waktu kini. Dan ketika itu,  ais krim hanay ada di kampung-kampung, ianya sangat popular.


Kemudian datang pula ais krim Malaysia, sebahagian memanggil ais krim Selangor. Bahan yang sama dengan ais kepal, ais kosong dengan perasa, Cuma ia dibungkus dalam plastik dan diikat di hujung. Harganya sekitar 5 sen ke 10 sen. Selepas itu, datang pula ais pop, masih mengekalkan produk yang sama Cuma pembungkusan yang sedikit moden. Tapi percaya lah,ianya pasti mengingatkan pengalaman petang-petang selepas penat bermain tuju kasut atau ting-ting. Sambil menikmati ais pop bersama-sama teman di tepi padang pasti mengembalikan memori silam. ais pop itu dipatah dua. Ada yang memulas tengahnya, ada yang karate dengan lutut !! hehe..lucu betul=) tapi, zaman sekarang dah ada pelbagai jenis, perasa dan bahan nya.
Tapi yang tetap sama ialah kenangan yang dibawa bersama ketika menikmati ais krim itu.

Sekian=)


2 ulasan:

  1. saya share di blog saya tau...
    terima kasih....

    BalasPadam
  2. saya share di blog saya jugak. (:

    http://nineteencapri.blogspot.com/2013/10/magnum-in-mini.html

    BalasPadam