Blogger Backgrounds

Jumaat, 8 April 2011

Aiskrim Goreng



http://tickers.TickerFactory.com/ezt/t/wldkMSc/weight.png

Salam mesra semua..=) untuk entri kali ni..saya nak share dengan anda semua resepi aiskrim goreng....nyummmy=)

sedikit info=)


Aiskrim goreng merupakan satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di pantai batu buruk, Terengganu. Ia merupakan satu pencuci mulut Asia, Amerika Syarikat dan Mexico.
Aiskrim biasa ditemui di Mexican rangkaian makanan restoran-restoran di Amerika Syarikat (eg. El Torito atau Chi Chi's) dan pesta dan karnival. Ia dihasilkan dengan mengambil satu pencedok aiskrim sejuk lampau beku (dibekukan bawah dari suhu piwaian 0°F tahap mana aiskrim biasanya disimpan), mungkin dicelup dalam telur, kemudiannya digolek masuk emping jagung atau remah biskut, dan kemudian secara ringkas menggoreng di dalam minyak yang banyak - kesejukan aiskrim mencegah ia daripada cair sementara ada goreng. Akhirnya mungkin juga menjadi direnjis dengan kayu manis dan gula.



Aiskrim goreng telah menjadi satu desert yang bersama berkhidmat dalam restoran-restoran yang Cina dan Jepun. Resipi di restoran-restoran berbeza sedikit, kerana ada yang menggunakan tempura dan juga menggunakan kulit yang diperbuat dari emping jagung atau serbuk biskut
.


Ok….sekarang ni, jom kita belajar buat aiskrim goreng=)
Kat bawah ini ada beberapa jenis resepi, boleh pilih n cuba yang mana suka=)







Rasulullah pernah berpesan, berilah barang yang paling kamu suka. So, as usual.. untuk entri kali ni saya nak kongsi resepi aiskrim goring dengan semua. =) nyummy2x! selamat mencuba ye….(^_^)v
I like aiskrim  goreng=)



RESEPI AIS KRIM GORENG

Bahan-Bahan:

ais krim
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

Cara:

1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.

pic

Rindu sangat-sangat kat aiskrim goreng ni..bila tiba je cuti sem nanti..saya nak masak banyak-banyak…=)
Sape2 yang dah cuba nanti tolong komen di sini yer..=)




Aiskrim goreng

Bahan-bahan ( 5 orang )
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

Cara-cara
1. Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
2. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
4. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.



Ais Krim Goreng

Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa perisa)
4 biji telor (Dipukul) Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng

Cara:

1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Cadangan Hidangan:
Nikmatilah dengan teh o panas....sdap sangat dan asti sedap....
Makan ketika ais krim goreng masih panas. Pasti enak=)












Aiskrim Goreng

bahan-bahan:
ais krim(nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch
*jem stawberry

Cara:
1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

 Dah shhhiiiaaappppp..
Sedia dah untuk digoreng..
Tapi korang jangan goreng lama2 sangat ea, 10 saat je dah boleh diangkat dah.. 
Pastikan minyak tu betul2 panas ok..kalu x, nant x jadi


Cadangan Hidangan:
letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan:
makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk


Sekian untuk entri kali ini....selamat mencuba dan selamat menjamu selera...=)


ok....sekarang saya nak show kat korang photo disebalik tabir pembuatan aiskrim goreng














ok..jumpa lagi........=)
have a nice day=)




3 ulasan:

  1. boleh sy tnya? cornflakes,coco crunh tu kene kisarkan ke?

    BalasPadam
  2. Campuran air+tepung+telur 2 kna cair kan? Cair sgt2 ke sderhana jes yea?tq

    BalasPadam